Jumaat, 22 Jun 2012

KuaSa cInTa 3

Posted by Unknown at 8:15 PG 0 comments

“Dan pagi tadi aku mendapat sekuntum mawar putih dari Reez. Reez mohon agar aku berdoa semoga mawar putih kirimanya itu bukan yang terakhir dari dia. Aku jadi keliru Sara. Mungkin Reez dalam penerbangan ke London. Betul tak?. Mungkin dia hadir Cuma untuk memohon maaf pada aku. Betul x Ara?”

Tanyaku kepada sara. Tanpa sedar, ada air mata turun dari tubir mataku. Sara hanya mengelengkan kepala. Aku melihat air mata Sara semakin deras turun dari tubir matanya. Aku biarkan Sara melayan perasaanya ketika itu.             
Tiba-tiba Sara mula bersuara.
 “Zira, sekarang aku pula nk terus terang dengan kau,. Aku harap, kau tabah dan aku mohon tolong maafkan segala kesalahan dia... tolonglah.”
Aku terasa bagai ada sesuatu yang bakal terjadi.  Sesuatu yang bakal menyentap perasaanku. Aku menghimpunkan kekuatan 
untuk mendengar segala kata-kata yang kuar yang keluar dari mulut sara.   

“Zira.. malam Reez accident tu, dia mengigau. Dia panggil nama kau dan minx maaf. Pada mulanya aku menyangka dia cedera ringan sahaja. Dua hari selepas kemalangan, reez tiba2 pengsan. Doctor sahkan ada darah beku dikepalanya. Selepas darah beku tu dikeluarkan Reez yg aku kenal dulu dah berubah. Doctor kata dia hilang memory silamnya.

  Antara pecaya dengan tidak, satu-satunya insan yg dia ingat selepas pembedahan tu adalah kau. Dia tak henti2 sebut nama kau. Dia minx maaf. Selepas dia sembuh keluarga dia dan keluarga aku menghantar kami ke london mereka mahu Reez mulakan hidup baru. Dan sebagai sepupu yg paling rapat, aku ditugaskan untuk menjaga Reez.
Aku hanya tunduk mendengar kata-kata Sara. Saat itu lidahku kelu untuk berkata2. Aku biarkan Sara meneruskan kata-katanya.

      “Untuk pengetahuan kau, sharifah Azlin dah tinggalkan Reez. 
Keluarga Azlin kata Reez dah gila.

 Sekarang Azlin dah kahwin dengan lelaki dari amerika. Aku tak tahu dia dimana sekarang. Mungkin dia dah bahagia sekarang. 
      
Pekara yg pling penting yg perlu kau tau Zira, Reez dah jumpa blog kau. Dia bace suma luahan kata2 kau.
Kerana blog itu juga lah dia mahu pulang ke malaysia. Dia nk cari kau. Sebenarnya perjumpaan kau dengan Hariz bulan lepas sumanya telah dirancang. Cuma mase tu Hariz terkejut kerana kau memegang jawatan sebagat ketua jurutera. Dia cakap pada aku, dia baru nk merisik-risik jawatan kau dalam syarikat tu”?

Aku hanya tersenyum. 
            Tertapi tidak bagi Sara. Aku hanya menanti Sara meneruskan kata-katanya.”Dan Salju semiconductor tu milik Reez. Nama syarikat ini diambil sempena nama blog kau, 
‘salju kasih.com’ ”.
Aku memadang Sara tajam. Bagai tak percaya kata2 nya.
Sara hanya mengangguk mengiyakan segala kata2nya. Aku jadi serba-salah. Perlukah aku percaya kata2 Sara? Aku bermonolog sendiri. 
Sara meneruskan kata2nya.
“Zira.. sebenarnya Reez bukan ke London. Dia berangkat ke tanah suci, mekah. Reez pergi buat umrah, Zira mungkin umur Reez dah tak panjang...”
 Aku tersentak mendengar kata2 Sara. 
Jantungku mulai berdegup kencang. Namun ku biarkan Sara meneruskan kata2nya.
     
“Reez menghidap kerosakkan hati akibat kemalangan tu. Aku pon baru tahu tiga bulan lepas. Reez tak dapat jalani pembedahan hati. 
Tak ada penderma yg sesuai dengan tubuhnya. Reez mungkin tak akan hidup lama lagi.
 Zira, maafkan Reez ye. Aku merayu. Biarkan dia pergi dengan tenang.”
            Jika tadi Sara yg teresak2 bila aku menceritakan tentang Hariz.
Kini giliran aku pula. Terungkailah makna kata2 Reez tentang Mawar Putih itu. 
Oh tuhan, apa perlu alu lakukan? Bisik hatiku. 


Bersambung.. =)