Jumaat, 22 Jun 2012

KuaSa cInTa 3

Posted by ungu aziey at 8:15 PG
Reactions: 
0 comments

“Dan pagi tadi aku mendapat sekuntum mawar putih dari Reez. Reez mohon agar aku berdoa semoga mawar putih kirimanya itu bukan yang terakhir dari dia. Aku jadi keliru Sara. Mungkin Reez dalam penerbangan ke London. Betul tak?. Mungkin dia hadir Cuma untuk memohon maaf pada aku. Betul x Ara?”

Tanyaku kepada sara. Tanpa sedar, ada air mata turun dari tubir mataku. Sara hanya mengelengkan kepala. Aku melihat air mata Sara semakin deras turun dari tubir matanya. Aku biarkan Sara melayan perasaanya ketika itu.             
Tiba-tiba Sara mula bersuara.
 “Zira, sekarang aku pula nk terus terang dengan kau,. Aku harap, kau tabah dan aku mohon tolong maafkan segala kesalahan dia... tolonglah.”
Aku terasa bagai ada sesuatu yang bakal terjadi.  Sesuatu yang bakal menyentap perasaanku. Aku menghimpunkan kekuatan 
untuk mendengar segala kata-kata yang kuar yang keluar dari mulut sara.   

“Zira.. malam Reez accident tu, dia mengigau. Dia panggil nama kau dan minx maaf. Pada mulanya aku menyangka dia cedera ringan sahaja. Dua hari selepas kemalangan, reez tiba2 pengsan. Doctor sahkan ada darah beku dikepalanya. Selepas darah beku tu dikeluarkan Reez yg aku kenal dulu dah berubah. Doctor kata dia hilang memory silamnya.

  Antara pecaya dengan tidak, satu-satunya insan yg dia ingat selepas pembedahan tu adalah kau. Dia tak henti2 sebut nama kau. Dia minx maaf. Selepas dia sembuh keluarga dia dan keluarga aku menghantar kami ke london mereka mahu Reez mulakan hidup baru. Dan sebagai sepupu yg paling rapat, aku ditugaskan untuk menjaga Reez.
Aku hanya tunduk mendengar kata-kata Sara. Saat itu lidahku kelu untuk berkata2. Aku biarkan Sara meneruskan kata-katanya.

      “Untuk pengetahuan kau, sharifah Azlin dah tinggalkan Reez. 
Keluarga Azlin kata Reez dah gila.

 Sekarang Azlin dah kahwin dengan lelaki dari amerika. Aku tak tahu dia dimana sekarang. Mungkin dia dah bahagia sekarang. 
      
Pekara yg pling penting yg perlu kau tau Zira, Reez dah jumpa blog kau. Dia bace suma luahan kata2 kau.
Kerana blog itu juga lah dia mahu pulang ke malaysia. Dia nk cari kau. Sebenarnya perjumpaan kau dengan Hariz bulan lepas sumanya telah dirancang. Cuma mase tu Hariz terkejut kerana kau memegang jawatan sebagat ketua jurutera. Dia cakap pada aku, dia baru nk merisik-risik jawatan kau dalam syarikat tu”?

Aku hanya tersenyum. 
            Tertapi tidak bagi Sara. Aku hanya menanti Sara meneruskan kata-katanya.”Dan Salju semiconductor tu milik Reez. Nama syarikat ini diambil sempena nama blog kau, 
‘salju kasih.com’ ”.
Aku memadang Sara tajam. Bagai tak percaya kata2 nya.
Sara hanya mengangguk mengiyakan segala kata2nya. Aku jadi serba-salah. Perlukah aku percaya kata2 Sara? Aku bermonolog sendiri. 
Sara meneruskan kata2nya.
“Zira.. sebenarnya Reez bukan ke London. Dia berangkat ke tanah suci, mekah. Reez pergi buat umrah, Zira mungkin umur Reez dah tak panjang...”
 Aku tersentak mendengar kata2 Sara. 
Jantungku mulai berdegup kencang. Namun ku biarkan Sara meneruskan kata2nya.
     
“Reez menghidap kerosakkan hati akibat kemalangan tu. Aku pon baru tahu tiga bulan lepas. Reez tak dapat jalani pembedahan hati. 
Tak ada penderma yg sesuai dengan tubuhnya. Reez mungkin tak akan hidup lama lagi.
 Zira, maafkan Reez ye. Aku merayu. Biarkan dia pergi dengan tenang.”
            Jika tadi Sara yg teresak2 bila aku menceritakan tentang Hariz.
Kini giliran aku pula. Terungkailah makna kata2 Reez tentang Mawar Putih itu. 
Oh tuhan, apa perlu alu lakukan? Bisik hatiku. 


Bersambung.. =)

Selasa, 19 Jun 2012

KuaSa cInTa 2

Posted by ungu aziey at 7:07 PG
Reactions: 
2 comments
Hazira, aku nk bagi tau kau ini. Hariz accident,
sejam yg lalu. Hariz tak ada apa-apa. Cuma terima kecederaan di kepala dan tangan dia patah. 

Tapi.... girlfriend dia, Sharifah Azlin sekarang di tahan di ICU. Kau nk pergi jenguk dia tak?”.
 Aku Cuma tersenyum sinis mendengar kata-kata Sara. Melihat aku yang tidak memberi sebarang 
respons, Sara meneruskan kata-katanya.
 “aku rasa kau macam tanak pergi. 
Aku pergi dulu ya.aku tak balik, aku jaga Hariz kat hospital, parents dia pagi esok baru sampai dari 
brunei. Kau nak kirim salam pd dia x?” tanya Sara.Aku hanya mengelengkan kepala. 
Wtpe aku nk tenguk dan dengar khabar dari dia?? Lelaki ego! Bisik kecil hatiku.
Tiba2, hatiku tak keruan. Antara kasihan, benci, dan gembira bersilih ganti. Sedang aku megelamun, 
telephone bimbitku berbunyi. 

Tanda SMS mula menujah di skrinnya. Apabila melihat nama Sara, barulah aku berani menbacanya.
“Hazira, Hariz mengigau, tiba2 dia sebut nama kau dan minta maaf. Kenapa Zira? Apa Hariz dah lakukan kt kau???. Aku terkedu membaca SMS Sara. 
Namun ku biarkan pertanyaan Sara ternoktah begitu sahaja.


<3 <3 <3

            Suatu pagi, aku terkejut melihat ada seekor patung beruang berwarna ungu di atas mejaku. Aku mendekati beruang itu dan mengambil sekeping kad yg tersisip rapi pada berung itu.

^^ chumell kan bear niy =)

            “ Si comot ni namanya cik yumi, Hariz beli khas untuk Laila. Hariz nk Laila tau  yg Hariz sayang pada Laila. Kalu Laila rindu pada Hariz, Laila bolee cakap pada cik yumi. Salam; Hariz.”
Aku rasa teramat dihargai. 

Rasa bersalah mula merajai hatiku. Patutkah aku megecewekan Hariz? Atau perlukah aku membiarkan hatiku dikecewekan oleh Hariz buat kali kedua? Sedang aku memikirkan keputusanku tiba2 telephone 

bimbitku berbunyi.
 Aku cepat2 menjawap panggilannya setelah melihat nama Hariz tertera di skrin telephoneku.
            “Laila?” tanyanya.
“Ya, Laila disini. Hariz, terima kasih untuk Cik Yumi._.”  
Ada ketawa kecil di hujung talian,
aku tahu dia gembira dengan responsku. 
            “sama-sama..... Hariz hantar Cik Yumi untuk jaga Laila masa Hariz xde nanti.” Jawap Hariz.
Hatiku mula bedegup kencang.

            “Hariz nk pegi mana?” tanyaku lagi.
            “Hariz nk pegi London. Ada kerja.... dua hari lagi Hariz berangkat.
Laila, Hariz nak mohon sesuatu bolee tak? Tlg jgn kecwekan Hariz?”
“Ape dia?” tnyaku lagi.
            “Hariz nk ajk Laila kuar. Kali ni je. Bolee x??”
            “Boleh,” tnpa berfikir panjang, aku memberikan keputusanku.
“terima kasih Laila. Nanti Hariz jemput Laila. Bye..”

  Malam itu seperti yg dijanjikan, Hariz jemput Laila di rumah sewaku. Hariz membawaku ke sebuah restoran berhampiran pantai.     
          Kami makan nasi putih dengan ikan bakar. Aku jadi pelik. 
Kemanakah Hariz yg dulu?? Hariz yg membangga2kan makanan barat,
seperti mula2 berkenalan di kolej dulu. 
Mungkin masa telah mengubah Hariz.

   Sebelum pulang, Hariz menghulurkan sebentuk cincin kepadaku. Aku menolak, namun Hariz memaksa. Hariz menyarungkan cincin itu di jari manisku. Cincin perak itu terlihat terlalu biasa namun bg ku punya banyak keistimewannya.


            “cincin in Hariz bg kt Laila sebagai tanda perkenalan dan persahabatan kita. Hariz sayang Laila. Laila jangan lupakan Hariz ye. Kalau Hariz ada buat sesuatu yang menyinggung perasaan Laila. Hariz minx maaf. Sudi x Laila maafkan Hariz? 

“Tanya Hariz kepasaku. “Hariz tak ada salah pada Laila.....
            “Jawapku dengan tenang.“Terima kasih Laila....

<3 <3 <3


            Telifon bimbitku berbunyi. Lantas aku menjawab.
            “salam....” Balas suara di hujung talian.
            “wasalam,” Balasku.
            “Hazira? Nie Laila Hazira? Betul tak?” tanya auara di hujung sana, aku mula jadi keliru.
            “ya... ni Laila Hazira. Siapa disana?” Tanyaku pula.
“Tira.. ni ara lah.” Balas suara itu.

            “ara?. Tengku sara natalia?” tanyaku pula.
            “ya... ni sara, zira sihat? Tira kat mana sekarang? Sara nk jumpa Zira.”
            “sara.. syukurlah kau call aku, aku sekarang kat ipoh. Kau kat mana ara?” balasku dengan nada 
gembira.

            “aku sekarang di ipoh juga. Kau bagi alamat, nanti aku datang jumpa kau. Sekarang juga,. Okeyh?” balas sara.
            “okeyh.. aku SMS kau sekarang. Janji kau datang ye. Aku tunggu.. bye”.

            Lama aku terdiam sebelum segala persoalan sara aku jawap. Aku cuba mengumpulkan kekuatan untuk mengimbas kembali episod duka yang aku alami suatu ketika dahulu. Aku dihina oleh Hariz dan Azlin lima tahun dulu.

             
Aku memandang sara, sara hanya mengangguk segala kata2ku.
Aku menyambung kembali kata2ku.
            “mungkin kerana takdir.. bulan lepas, selepas kenaikan pangkatku. Aku bertemu Reez dalam suatu mesyuarat. Aku terkejut. Tapi aku yakin Reez xkenal dan ingat aku lagi. 
Semenjak bulan lepas juga aku semakin rapat dengan Reez. Hinggalah saat malam dia memberikan cincin kepada aku.”
            Aku menghulurkan tanganku untuk menunjukkan cincin itu kepada sara. Sara memegang jemariku .
untuk melihat cincin itu. Aku meneruskan kata2ku

Bersambung..